Thursday, March 22, 2012

Blog Sofiyah Cookies - Bermula

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Kini Blog Sofiyah Cookies dibuka untuk mendekatkan lagi kami dengan pelanggan kami. Sebagai permulaan blog, Kami ingin menceritakan sedikit perjalanan hidup Sofiyah Cookies dari mula dibina sehingga ke hari ini. Sofiyah Cookies telah bermula sejak tahun 1996. Pengasas Sofiyah Cookies adalah Faiz yang pada mulanya membuat biskut hanya untuk keluarganya sendiri. Timbul rasa ingin berkongsi, beliau memberikan sedikit kepada saudara mara dan sahabat handai. Atas dorongan isteri, ibu bapa dan ahli keluarga, beliau mula memasarkan biskut tersebut pada tahun 2008.

Jenama Sofiyah Cookies diasaskan atas sempena maksud Sofiyah yang melambangkan kesucian dan kebersihan. Disamping itu juga, anak pertama yang dianugerahkan kepada pengasas dan pemilik Sofiyah Cookies, Faiz dan Bazilah adalah Siti Nurain Sofiyah.

Sofiyah Cookies adalah salah satu jenama dibawah syarikat Faiz Bazilah Enterprise yang dimiliki oleh Bazilah, isteri kepada Faiz. Terdapat beberapa jenis biskut terdapat dibawah Sofiyah Cookies tetapi hanya 2 jenis biskut yang dikomersialkan iaitu CHOC CHIP WITH ALMOND AND OAT COOKIES dan COCONUT COOKIES.

Diharap Sofiyah Cookies akan berkembang dan dapat memberi produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Inshaallah.

No comments:

Post a Comment