Wednesday, October 10, 2012

SCB - Red Velvet Cake - Kek Baldu Merah


Kek Baldu Merah - Red Velvet Cake

tempah sekarang di talian 013 - 2580 013
 
hanya RM75 sahaja untuk sebiji kek bulat 9 inci
  • saiz kek adalah 9 inci diameter (bulat)
  • 3 lapis kek dengan lapisan dan topping Cream Cheese
  • berat kek dalam 2 kilogram
  • sesuai dimakan untuk 8 orang seperti majlis harijadi
  • penghantaran percuma disekitar kawasan ulu klang
  • tempahan perlu dibuat 2 hari sebelum tarikh penghantaran

hanya RM75 sahaja untuk sebiji kek petak 10 x 10 inci
  • saiz kek adalah 10 x 10 inci diameter
  • 2 lapis kek dengan lapisan dan topping Cream Cheese
  • berat kek dalam 2 kilogram
  • sesuai dipotong sehingga untuk 36 potongan untuk majlis-majlis keraian
  • penghantaran percuma disekitar kawasan ulu klang
  • tempahan perlu dibuat 2 hari sebelum tarikh penghantaran 
atau


hanya RM40 sahaja untuk sebiji kek bulat 6 inci
  • saiz kek adalah 6 inci diameter (bulat)
  • 3 lapis kek dengan lapisan dan topping Cream Cheese
  • berat kek dalam 1 kilogram
  • sesuai dimakan untuk 4 orang seperti majlis harijadi
  • penghantaran percuma disekitar kawasan ulu klang
  • tempahan perlu dibuat 2 hari sebelum tarikh penghantaran 
atau


hanya RM5 sahaja untuk sebiji kek petak
  • saiz kek adalah 3 x 3 inci (petak)
  • 2 lapis kek dengan lapisan dan topping Cream Cheese
  • sesuai dimakan untuk 1 orang
  • penghantaran percuma untuk tempahan bernilai RM50 keatas disekitar kawasan ulu klang
  • tempahan perlu dibuat 2 hari sebelum tarikh penghantaran 


kami jamin ianya sedap seperti yang telah dinyatakan oleh pelanggan-pelanggan kami:

 
Puan Yusfa Faizal

Beliau telah menempah 2 biji kek iaitu Red Velvet Cake dan Rainbow Cake

alhamdulillah, kek kami telah mendapat pujian dari beliau dan rakan-rakannya.





Puan Mariaty

Beliau telah menempah 1 biji kek iaitu Red Velvet Cake sempena majlis sambutan Hari Raya 2012 di pejabatnya.


alhamdulillah, beliau menyatakan bahawa kek kami sedap..






ramai lagi yang telah memuji kesedapan kek-kek kami..

jadi, jangan tunggu lagi.. buat lah tempahan anda sekarang di talian 013 - 2580 013 untuk majlis-majlis yang akan anda sambut. anda tidak perlu merasa rugi kerana pasti anda sudah bosan dengan kek-kek biasa yang ada di pasaran..




 
kenapa anda perlu tempah kek ini dari kami???
  1. Kek-kek Sofiyah Cookies & Bakery telah mendapat pujian dari pelanggan-pelanggan kami.
  2. Kami mengamalkan konsep 'Cash On Delivery', anda hanya perlu bayar semasa anda terima kek anda
  3. Penghantaran kami percuma di sekitar kawasan Ulu Klang
  4. Sekiranya anda mahu merasa kek kami sebelum majlis anda, anda boleh dapatkan kek kami serendah RM5
  5. Kami beri jaminan bahawa kek kami sedap dan pasti anda berpuashati dengan produk kami

hubungi kami sekarang di talian 013 - 2580 013 untuk tempahan kek anda..

atau

anda boleh layari laman Facebook kami di  

kami telah mempunyai rakan-rakan lebih dari 500 orang di laman Facebook kami..

buat tempahan anda sekarang!!!
jangan berlengah lagi!!!



Dari mana asal usul kek red velvet??


Petikan ini adalah dari Wikipedia
Kek baldu merah (Red Velvet Cake) adalah kek yang popular dengan warna merah gelap, merah terang atau warna merah-coklat. Biasanya disediakan berlapis dengan krim keju. Warna merah tersebut diperolehi dengan menambah pewarna makanan merah.

Bahan-bahan yang biasa digunakan termasuk buttermilk, mentega, tepung, koko, dan beetroot atau pewarna merah. Jumlah koko yang digunakan adalah berbeza bergantung kepada resepi. Krim keju dan buttercream adalah bahan yang biasanya digunakan.

Sejarah
Pada tahun 1972, James Beard Amerika Cookery menerangkan bahawa terdapat tiga jenis kek baldu merah yang berbeza dari segi jumlah lelemak dan mentega. Semuanya menggunakan pewarna makanan berwarna merah, tetapi tindak balas asid cuka dan buttermilk yang menyerlahkan warna kemerahan dalam koko.



Sebelum itu, koko "Dutch Processed" yang lebih berakali boleh didapati dengan meluas dan warna merah akan menjadi lebih ketara. Ia adalah warna semulajadi yang menjadi sumber bagi nama "baldu merah (red velvet)" dan juga nama "Devil's Food" dan nama yang sama iaitu kek coklat.

Sementara makanan dicatu semasa Perang Dunia II, pembuat roti menggunakan beets yang direbus untuk mendapatkan warna bagi kek mereka. Beets diparut dan direbus atau beet yang dijadikan sebagai makanan bayi dimasukkan ke dalam beberapa resipi kek baldu merah di mana ianya juga bertindak untuk mengekalkan kelembapan kek.

Adams Extract adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Texas adalah penyumbang dalam membawa kek baldu merah ke dapur-dapur seluruh Amerika semasa kemelesetan besar dengan menjadi salah satu yang pertama menjual pewarna makanan berwarna merah dan ekstrak perisa lain.
Bagaimanapun kek dan resipi asal yang terkenal di Amerika Syarikat adalah dari Hotel yang mashor iaitu New York Waldorf-Astoria. Walau bagaimanapun, ia secara meluas dianggap sebagai resipi dari selanatn Amerika.
Secara tradisinya, kek disejukkan dengan gaya mentega Perancis (juga dipanggil cerpelai aising) yang sangat ringan dan gebu tetapi memakan masa yang lama untuk disediakan. Krim keju dan buttercream adalah variasi yang telah meningkat dalam populariti kek tersebut. Ubi beet atau beet tidak digunakan dalam resepi baldu merah versi Selatan Amerika.

Di Kanada kek ini adalah pencuci mulut yang terkenal di restoran-restoran dan kedai-kedai bakeri rangkaian Eaton's department store dalam tahun 1940-an dan 1950-an. Diperkenalkan sebagai resipi eksklusif Eaton, pekerja yang tahu resipi tersebut bersumpah untuk berahsia, ramai yang tersilap percaya bahawa kek tersebut adalah ciptaan ibu pemilik kedai tersebut iaitu Lady Eaton.
Salah satu peningkatan populariti kek ini adalah disebabkan pada tahun 1989 iaitu dalam filem Steel Magnolias di mana kek pengantin lelaki (merupakan satu tradisi Amarika Selatan) adalah sebuah kek baldu merah yang dibuat dengan bentuk armadillo.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kek baldu merah telah menjadi semakin popular dan biasanya boleh didapati di kebanyakan kedai bakeri.


This passage is from Wikipedia
A red velvet cake is a popular cake with a dark red, bright red or red-brown color. It is traditionally prepared as a layer cake topped with cream cheese icing. The reddish color is achieved by adding red food coloring.

Common ingredients include buttermilk, butter, flour, cocoa, and beetroot or red food coloring. The amount of cocoa used varies in different recipes. Cream cheese frosting and buttercream frosting are commonly used.

History
James Beard's 1972 reference American Cookery describes three red velvet cakes varying in the amounts of shortening and butter. All use red food coloring, but the reaction of acidic vinegar and buttermilk tends to better reveal the red anthocyanin in the cocoa. Before more alkaline "Dutch Processed" cocoa was widely available, the red color would have been more pronounced. This natural tinting may have been the source for the name "red velvet" as well as "Devil's Food" and similar names for chocolate cakes.

While foods were rationed during World War II, bakers used boiled beets to enhance the color of their cakes. Boiled grated beets or beet baby food are found in some red velvet cake recipes, where they also serve to retain moisture. Adams Extract, a Texas-based company, is credited for bringing the red velvet cake to kitchens across America during the time of the Great Depression by being one of the first to sell red food color and other flavor extracts with the use of point-of-sale posters and tear-off recipe cards. The cake and its original recipe, however, are well-known in the United States from New York City's famous Waldorf-Astoria Hotel. However, it is widely considered a Southern recipe. Traditionally, the cake is iced with a french-style butter roux icing (also called ermine icing) which is very light and fluffy but time-consuming to prepare. Cream cheese frosting and buttercream frosting are variations which have increased in popularity. Beetroot or beets are not used in the Southern version of the red velvet recipe.

In Canada the cake was a well-known dessert in the restaurants and bakeries of the Eaton's department store chain in the 1940s and 1950s. Promoted as an exclusive Eaton's recipe, with employees who knew the recipe sworn to silence, many mistakenly believed the cake to be the invention of the department store matriarch, Lady Eaton.

A resurgence in the popularity of this cake is partly attributed to the 1989 film Steel Magnolias in which the groom's cake (a southern tradition) is a red velvet cake made in the shape of an armadillo. In recent years, red velvet cake has become increasingly popular and can usually be found in most cupcake bakeries.

Tuesday, May 29, 2012

Sofiyah Cookies & Bakery memberikan Biskut Percuma kepada pelanggan SCB..

Hanya 3 langkah mudah..


klik di sini http://www.facebook.com/SofiyahCookiesBakery/app_197602066931325


Cepat.. Sementara stok masih ada..

Friday, May 11, 2012

Selamat Hari Lahir - Siti Nurain Sofiyah

Tahniah..

Sofiyah Cookies & Bakery mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada adik Siti Nurain Sofiyah yang kini berusia 1 tahun.

Untuk makluman semua, adik Siti Nurain Sofiyah adalah merupakan punca inspirasi tertubuhnya Sofiyah Cookies & Bakery.

Sofiyah Cookies & Bakery mendoakan adik Siti Nurain Sofiyah dipanjangkan umur, diperkaya dengan rezeki, sihat sentiasa, dan sentiasa dalam keadaan yang bahagia.. amin..

Wednesday, May 9, 2012

diatas permintaan..

Diatas permintaan, Sofiyah Cookies & Bakery telah melanjutkan promosi yang dibuat kepada 2 minggu untuk:

1. Voucher 15% discount - http://sofiyah-cookies.blogspot.com/2012/05/pelancaran-blog-dan-facebook-sofiyah.html

2. Peluang menjana pe...ndapatan - http://sofiyah-cookies.blogspot.com/2012/05/peluang-menjana-pendapatan.html

like dan share dalam memberi peluang kepada saudara mara dan rakan-rakan anda..

CEPAT.. jangan lepaskan peluang ini..


like facebook kami di http://www.facebook.com/SofiyahCookiesBakery untuk promosi-promosi akan datang..

Tuesday, May 1, 2012

Peluang menjana pendapatan..

Sempena Hari Pekerja (Labour Day), Sofiyah Cookies & Bakery menawarkan peluang kepada yang berminat untuk menyertai Sofiyah Cookies & Bakery sebagai Ejen Pemasaran.

Latihan dan peralatan akan diberikan. Kami yakin anda akan menjana pendapatan dengan penyertaan ini.

Tawaran ini hanya akan dibuka selama seminggu Dua Minggu (atas permintaan) dan ejen akan dipilih mengikut kawasan liputan. Hanya ejen yang bersungguh-sungguh untuk menjana pendapatan yang akan diberi peluang.



Cara mudah untuk menyertai kami.. hanya perlu email perkara tersebut kepada sofiyahcookies@gmail.com:
  1. Nama
  2. No Telefon
  3. Alamat
  4. Pekerjaan Semasa
Sekiranya anda tidak berminat, share peluang ini dengan saudara-mara dan rakan-rakan anda dalam memberi peluang kepada orang lain untuk menjana pendapatan mereka.

like Facebook kami di http://www.facebook.com/SofiyahCookiesBakery

peluang ini mungkin hanya datang sekali sahaja kepada anda. jangan lepaskan peluang ini. email sekarang juga...

Pelancaran Blog dan Facebook Sofiyah Cookies & Bakery..

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah.. Sofiyah Cookies & Bakery melancarkan Blog dan Facebook secara rasmi pada 1 Mei 2012..

Khas buat pelanggan Sofiyah Cookies & Bakery,
tawaran diskaun sebanyak 15 % diberikan melalui voucher seperti dibawah:

* tertakluk kepada terma dan syarat

anda hanya perlu klik voucher tersebut dan cetak voucher sama ada berwarna atau hitam putih..

voucher ini akan dipamerkan hanya selama seminggu Dua Minggu (atas permintaan) sahaja di blog ini..  




Sofiyah Cookies & Bakery
 

kongsi peluang ini bersama-sama rakan-rakan anda..  

like Facebook kami di http://www.facebook.com/SofiyahCookiesBakery

kami yakin tawaran ini adalah satu keistimewaan kepada pelanggan kami..

Cepat... sebelum tawaran tamat...


Friday, April 27, 2012

Pelancaran Blog Dan Facebook Sofiyah Cookies

Pengumuman..

Pelancaran Blog dan Facebook Sofiyah Cookies & Bakery akan dibuat dalam masa terdekat..

Tuan/Puan akan diberi tawaran istimewa pada hari pelancaran tersebut..

Nantikan hari pelancaran tersebut......

Khasiat Badam

Menurut Wikipidia, dalam istilah botanikal, badam bukan kacang. Dalam parlans botanikal, kulit berbatu keras yang menyelirat dipanggil endocarp, dan buah ini, atau exocarp, ialah pepauh, mempunyai lapisan luar yang gebu. Pokok ini adalah asli dari Asia barat daya. Bentuk yang dijinakkan boleh memasakkan buah sejauh kepulauan British. Ia adalah pokok kecil, bertumbuh hingga 4–9 m tinggi. Daunnya adalah meruncing, 6–12 cm panjang, dan tidak rata pada sisi. Bunganya putih atau pink pucat, 3–5 cm diameter dengan lima kelopak, dihasilkan sebelum daun ini pada musim bunga. Di Malaysia, jarang pulak dengar orang tanam pokok badam ni.

Badam penting untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai, ia boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang atau dijadikan bahan campuran makanan seperti kuih dan sebagainya. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu dalm telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.


Kacang Badam

Menikmati snek memang suatu yang menyeronokkan dan mengasyikkan terutama ketika bersantai.
Ramai orang takut untuk mengambil badam atau almond. Begitu juga dengan jenis-jenis kekacang yang lain kerana kandungan lemaknya yang tinggi.

Sebenarnya anda tidak perlu takut mengambil badam kerana walaupun badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak taktepu (unsaturated fat) yang badan anda perlukan.

Kandungan lemak mono taktepu (monounsaturated fat) yang tinggi dalam badam sepertimana terdapat di dalam minyak zaitun membuatkan badam menjadi senjata hebat bagi memerangi kolesterol LDL di dalam badan anda.

Tahukah anda badam adalah makanan seimbang dan paling tinggi khasiat di kalangan kekacang?
Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese. Sumbangan beberapa nutrient dari segenggam badam adalah seperti paparan graf di sebelah.

Di bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis flavonoids (antioksida) utama. Gandingan beraneka flavonoids dan vitamin E menjadikan badam suatu makanan yang amat berkhasiat sekali bagi memerangi berbagai masalah kesihatan.
  

Badam Mengurangkan Paras Kolesterol, Merendahkan Risiko Darah Tinggi dan Serangan Jantung

Satu kajian yang dijalankan di University of Toronto ke atas 27 pesakit yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi menunjukkan pengambilan purata 74gm (2 genggam) badam setiap hari selama sebulan telah berjaya menurunkan 9.4% daripada paras kolesterol di dalam badan mereka. Nisbah LDL(kolesterol jahat)/HDL(kolesterol baik) didapati menurun sebanyak 12%. Penurunan nisbah ini menunjukkan menurunnya risiko serangan jantung (cardiovascular).

Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit; dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi. 34.5gm badam (segenggam) mengandungi 99mg magnesium (24.7% dari keperluan harian)serta 257mg kalium (potassium).

Magnesium berperanan melembutkan saluran darah dan dengan itu pengaliran darah, oksigen serta nutrient di dalam badan berjalan dengan elok. Kajian menunjukkan kekurangan magnesium bukan sahaja boleh menyebabkan serangan jantung, tetapi kekurangan magnesium selepas serangan jantung boleh menyebabkan kecederaan (radikal bebas) pada jantung.

Kalium adalah penting untuk sistem transmisi saraf dan otot. Ia amat penting di dalam mengawal tekanan darah serta perjalanan jantung. Pengawalan tekanan darah serta jantung menjadi lebih berkesan dengan badam kerana kandungan sodium yang rendah (hanya 0.3mg bagi setiap suku cawan badam).


Badam Menghalang Obesiti (Kegemukan)

Di dalam satu kajian yang pernah disiarkan di dalam International Journal of Obesity and Related Metabolic Disorders, dilaporkan bahawa diet yang diperkaya dengan badam telah berjaya mengatasi masalah obesiti jauh lebih berkesan dibandingkan dengan diet berkalori rendah dari kabohidrat kompleks.

Kajian tersebut melibatkan 65 orang dewasa obes. Mereka dibahagi kepada 2 kumpulan. Kedua-dua kumpulan dibekalkan dengan diet yang sama jumlah kalori serta proteinnya. Kumpulan pertama diberi diet berkalori rendah terdiri dari karbohaidrat kompleks. Kumpulan kedua juga diberi diet berkalori rendah yang di perkayakan dengan badam (2 genggam sehari).

Selepas 6 bulan di dapati kumpulan yang dietnya diperkaya dengan badam mengatasi kumpulan berdiet karbohaidrat dengan 64% dalam pengurangan berat badan, 56% dalam lilitan pinggang, 50% dalam pengurangan lemak.

Perbandingan keputusan bagi kedua-dua kumpulan dapat anda saksikan pada graf di bawah.


Badam Meredakan Diabetes

Di dalam suatu kajian yang telah disiarkan di dalam The Journal of Nutrition, badam telah ditambah kepada diet sekumpulan pengidap diabetes tahap ke-2.

Keputusan ujian menunjukkan diet dengan badam telah menurunkan glycemic response dan insulin response. Kumpulan yang mengambil diet bersama badam ini telah menunjukkan penurunan kebergantungan kepada ubatan.

Ini bermakna dengan mengambil badam, masalah diabetes dapat dikurangkan.
Badam Membantu Menghalang Batu Karang

Kajian dan pengumpulan data ke atas wanita selama 20 tahun oleh ‘Nurses’ Health Study’ menunjukkan wanita yang memakan sekurang-kurangnya 1oz (30gm) kekacang atau mentega kacang dalam seminggu mengalami penurunan 25% risiko batu karang.


Badam Menghalang Osteoporosis
Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis.
Tahukah anda diet kurang kalsium boleh mecetuskan risiko barah usus?


Badam untuk Wanita Hamil
AlmondnutsKandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil. Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.


Badam Mengurangkan Risiko Berbagai Penyakit

Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa beberapa jenis kekacang, terutamanya badam, dapat mengurangkan risiko barah, diabetes, nyanyok (Alzheimer’s disease) dan beberapa penyakit kronik yang lain.

Dalam satu kajian yang telah disiarkan di dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’, dilaporkan bahawa badam berupaya menurunkan tahap kolesterol setanding dengan kesan dari penggunaan dadah ’statin’. Kajian seterusnya pula mendedahkan bahawa badam setanding dengan dadah ’statin’ dalam mengurangkan tahap protein ‘C-reactive’ yang merosakkan ateri.

Terdapat berbagai lagi khasiat badam yang tidak dapat disiarkan di sini. Selain tinggi khasiat, badam juga mempunyai rasa yang sedap. Berbagai cara orang menggunakan badam dalam masakan; daripada snek sehinggalah kepada makanan berat. Oleh itu jadikanlah badam sebahagian daripada diet anda. Semuga anda bertambah sihat, ceria serta berbahagia.

Meningkatkan kekuatan akal

Pada zaman Salafus soleh dahulu, mereka terkenal dengan kekuatan akal fikiran ataupun daya ingatan yang tajam. Di dalam sebuah keluarga, mereka memastikan paling kurang seorang mesti menghafal Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafal puluhan ribu hadis. Di antaranya Imam Ahmad bin Hambal menghafal sejuta hadis. Apakah rahsia kekuatan akal fikiran mereka? Ulama-ulama Islam telah sepakat bahawa syarat yang pertama dan utama untuk mempunyai kekuatan akal yang kuat ialah menjauhi segala maksiat kepada Allah. Syarat kedua ialah makan tidak berlebihan.

Di antara petua penting menguatkan akal menurut ahli-ahli perubatan Islam:
1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.
2. Makan buah badam.
3. Makan daging kambing.
4. Halwa halia.
5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.
6. Makan buah limau.

LARANGAN
Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga, kuat menjaga pantang larang yang boleh melemahkan kekuatan akal. Di antaranya:

1. Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.
2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam.
3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.
4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.
5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.



Rujukan:
http://ilham4u.com/v1/?page_id=126
http://hikmatun.wordpress.com/2008/03/09/meningkatkan-kekuatan-akal/

Thursday, March 22, 2012

Blog Sofiyah Cookies - Bermula

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Kini Blog Sofiyah Cookies dibuka untuk mendekatkan lagi kami dengan pelanggan kami. Sebagai permulaan blog, Kami ingin menceritakan sedikit perjalanan hidup Sofiyah Cookies dari mula dibina sehingga ke hari ini. Sofiyah Cookies telah bermula sejak tahun 1996. Pengasas Sofiyah Cookies adalah Faiz yang pada mulanya membuat biskut hanya untuk keluarganya sendiri. Timbul rasa ingin berkongsi, beliau memberikan sedikit kepada saudara mara dan sahabat handai. Atas dorongan isteri, ibu bapa dan ahli keluarga, beliau mula memasarkan biskut tersebut pada tahun 2008.

Jenama Sofiyah Cookies diasaskan atas sempena maksud Sofiyah yang melambangkan kesucian dan kebersihan. Disamping itu juga, anak pertama yang dianugerahkan kepada pengasas dan pemilik Sofiyah Cookies, Faiz dan Bazilah adalah Siti Nurain Sofiyah.

Sofiyah Cookies adalah salah satu jenama dibawah syarikat Faiz Bazilah Enterprise yang dimiliki oleh Bazilah, isteri kepada Faiz. Terdapat beberapa jenis biskut terdapat dibawah Sofiyah Cookies tetapi hanya 2 jenis biskut yang dikomersialkan iaitu CHOC CHIP WITH ALMOND AND OAT COOKIES dan COCONUT COOKIES.

Diharap Sofiyah Cookies akan berkembang dan dapat memberi produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Inshaallah.