Pengumuman..
Pelancaran Blog dan Facebook Sofiyah Cookies & Bakery akan dibuat dalam masa terdekat..
Tuan/Puan akan diberi tawaran istimewa pada hari pelancaran tersebut..
Nantikan hari pelancaran tersebut......
Friday, April 27, 2012
Khasiat Badam
Menurut
Wikipidia, dalam istilah botanikal, badam
bukan kacang. Dalam parlans botanikal, kulit berbatu keras yang menyelirat
dipanggil endocarp, dan buah ini, atau exocarp, ialah pepauh, mempunyai lapisan
luar yang gebu. Pokok ini adalah asli dari Asia barat daya. Bentuk yang
dijinakkan boleh memasakkan buah sejauh kepulauan British. Ia adalah pokok
kecil, bertumbuh hingga 4–9 m tinggi. Daunnya adalah meruncing, 6–12 cm
panjang, dan tidak rata pada sisi. Bunganya putih atau pink pucat, 3–5 cm
diameter dengan lima kelopak, dihasilkan sebelum daun ini pada musim bunga. Di
Malaysia, jarang pulak dengar orang tanam pokok badam ni.
Badam
penting untuk kesihatan kerana khasiatnya
yang pelbagai, ia boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang atau dijadikan
bahan campuran makanan seperti kuih dan sebagainya. Badam mengandungi 20
kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak
dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding
dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi
kandungan vitamin itu dalm telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi
gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan
kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju.
Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu
pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang
dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.
Kacang Badam
Menikmati
snek memang suatu yang menyeronokkan dan mengasyikkan terutama ketika
bersantai.
Ramai
orang takut untuk mengambil badam atau almond. Begitu juga dengan jenis-jenis
kekacang yang lain kerana kandungan lemaknya yang tinggi.
Sebenarnya anda tidak perlu takut mengambil badam kerana walaupun badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak taktepu (unsaturated fat) yang badan anda perlukan.
Kandungan
lemak mono taktepu (monounsaturated fat) yang tinggi dalam badam sepertimana
terdapat di dalam minyak zaitun membuatkan badam menjadi senjata hebat bagi
memerangi kolesterol LDL di dalam badan anda.
Tahukah
anda badam adalah makanan seimbang dan paling tinggi khasiat di kalangan
kekacang?
Badam
mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum,
phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain
yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari
keperluan harian Vitamin E dan Manganese. Sumbangan beberapa nutrient dari
segenggam badam adalah seperti paparan graf di sebelah.
Di
bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis
flavonoids (antioksida) utama. Gandingan beraneka flavonoids dan vitamin E
menjadikan badam suatu makanan yang amat berkhasiat sekali bagi memerangi
berbagai masalah kesihatan.
Badam
Mengurangkan Paras Kolesterol, Merendahkan Risiko Darah Tinggi dan Serangan
Jantung
Satu
kajian yang dijalankan di University of Toronto ke atas 27 pesakit yang
mempunyai paras kolesterol yang tinggi menunjukkan pengambilan purata 74gm (2
genggam) badam setiap hari selama sebulan telah berjaya menurunkan 9.4%
daripada paras kolesterol di dalam badan mereka. Nisbah LDL(kolesterol
jahat)/HDL(kolesterol baik) didapati menurun sebanyak 12%. Penurunan nisbah ini
menunjukkan menurunnya risiko serangan jantung (cardiovascular).
Asid
folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras
homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah
menjadi sempit; dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah
tinggi. 34.5gm badam (segenggam) mengandungi 99mg magnesium (24.7% dari
keperluan harian)serta 257mg kalium (potassium).
Magnesium
berperanan melembutkan saluran darah dan dengan itu pengaliran darah, oksigen
serta nutrient di dalam badan berjalan dengan elok. Kajian menunjukkan
kekurangan magnesium bukan sahaja boleh menyebabkan serangan jantung, tetapi
kekurangan magnesium selepas serangan jantung boleh menyebabkan kecederaan
(radikal bebas) pada jantung.
Kalium
adalah penting untuk sistem transmisi saraf dan otot. Ia amat penting di dalam
mengawal tekanan darah serta perjalanan jantung. Pengawalan tekanan darah serta
jantung menjadi lebih berkesan dengan badam kerana kandungan sodium yang rendah
(hanya 0.3mg bagi setiap suku cawan badam).
Badam
Menghalang Obesiti (Kegemukan)
Di
dalam satu kajian yang pernah disiarkan di dalam International Journal of
Obesity and Related Metabolic Disorders, dilaporkan bahawa diet yang diperkaya
dengan badam telah berjaya mengatasi masalah obesiti jauh lebih berkesan
dibandingkan dengan diet berkalori rendah dari kabohidrat kompleks.
Kajian
tersebut melibatkan 65 orang dewasa obes. Mereka dibahagi kepada 2 kumpulan.
Kedua-dua kumpulan dibekalkan dengan diet yang sama jumlah kalori serta
proteinnya. Kumpulan pertama diberi diet berkalori rendah terdiri dari
karbohaidrat kompleks. Kumpulan kedua juga diberi diet berkalori rendah yang di
perkayakan dengan badam (2 genggam sehari).
Selepas
6 bulan di dapati kumpulan yang dietnya diperkaya dengan badam mengatasi
kumpulan berdiet karbohaidrat dengan 64% dalam pengurangan berat badan, 56%
dalam lilitan pinggang, 50% dalam pengurangan lemak.
Perbandingan
keputusan bagi kedua-dua kumpulan dapat anda saksikan pada graf di bawah.
Badam
Meredakan Diabetes
Di
dalam suatu kajian yang telah disiarkan di dalam The Journal of Nutrition,
badam telah ditambah kepada diet sekumpulan pengidap diabetes tahap ke-2.
Keputusan
ujian menunjukkan diet dengan badam telah menurunkan glycemic response dan
insulin response. Kumpulan yang mengambil diet bersama badam ini telah
menunjukkan penurunan kebergantungan kepada ubatan.
Ini
bermakna dengan mengambil badam, masalah diabetes dapat dikurangkan.
Badam Membantu Menghalang Batu Karang
Badam Membantu Menghalang Batu Karang
Kajian
dan pengumpulan data ke atas wanita selama 20 tahun oleh ‘Nurses’ Health Study’
menunjukkan wanita yang memakan sekurang-kurangnya 1oz (30gm) kekacang atau
mentega kacang dalam seminggu mengalami penurunan 25% risiko batu karang.
Badam
Menghalang Osteoporosis
Badam
juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai
kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat
berguna bagi menghalang osteoporosis.
Tahukah
anda diet kurang kalsium boleh mecetuskan risiko barah usus?
Badam
untuk Wanita Hamil
AlmondnutsKandungan
folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang
hamil. Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika
hamil.
Badam
Mengurangkan Risiko Berbagai Penyakit
Beberapa
kajian juga menunjukkan bahawa beberapa jenis kekacang, terutamanya badam,
dapat mengurangkan risiko barah, diabetes, nyanyok (Alzheimer’s disease) dan
beberapa penyakit kronik yang lain.
Dalam
satu kajian yang telah disiarkan di dalam ‘American Journal of Clinical
Nutrition’, dilaporkan bahawa badam berupaya menurunkan tahap kolesterol
setanding dengan kesan dari penggunaan dadah ’statin’. Kajian seterusnya pula
mendedahkan bahawa badam setanding dengan dadah ’statin’ dalam mengurangkan
tahap protein ‘C-reactive’ yang merosakkan ateri.
Terdapat
berbagai lagi khasiat badam yang tidak dapat disiarkan di sini. Selain tinggi
khasiat, badam juga mempunyai rasa yang sedap. Berbagai cara orang menggunakan
badam dalam masakan; daripada snek sehinggalah kepada makanan berat. Oleh itu
jadikanlah badam sebahagian daripada diet anda. Semuga anda bertambah sihat,
ceria serta berbahagia.
Meningkatkan kekuatan akal
Pada zaman Salafus soleh dahulu, mereka terkenal dengan kekuatan akal fikiran ataupun daya ingatan yang tajam. Di dalam sebuah keluarga, mereka memastikan paling kurang seorang mesti menghafal Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafal puluhan ribu hadis. Di antaranya Imam Ahmad bin Hambal menghafal sejuta hadis. Apakah rahsia kekuatan akal fikiran mereka? Ulama-ulama Islam telah sepakat bahawa syarat yang pertama dan utama untuk mempunyai kekuatan akal yang kuat ialah menjauhi segala maksiat kepada Allah. Syarat kedua ialah makan tidak berlebihan.
1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.
2. Makan buah badam.
3. Makan daging kambing.
4. Halwa halia.
5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.
6. Makan buah limau.
LARANGAN
1. Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.
2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam.
3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.
4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.
5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.
Rujukan:
http://ilham4u.com/v1/?page_id=126http://hikmatun.wordpress.com/2008/03/09/meningkatkan-kekuatan-akal/
Subscribe to:
Posts (Atom)